MayFirst Manjakacip
BioEnergy Booster For Women
Minum 1 sudu besar sekali sehari MayFirst ManjaKacip yang diperkayakan dengan 7 herba keperluan wanita seperti ekstrak Manjakani,Kacip Fatimah, Akar Serapat, Halban, Sireh, Jarum emas dan Jintan hitam dapat mengembalikan semula tenaga, mengatasi kelesuan dan mengekalkan tubuh sihat dan cantik. Mayfirst Manjakacip adalah minuman eksklusif untuk setiap wanita bagi menyempurnakan kejelitaan dari dalaman dan luaran. Diadunkan daripada 100% herba tropika tulen dengan rasa yang lembut, anda dapat menikmati rasa muda semula dan kepuasan hidup bagi wanita yang anggun serta berkeyakinan.
Manjakani (Oak Gall)
Herba tradisional zaman berzaman sangat dikenali di kalangan masyarakat melayu dan India untuk memulihkan keputihan dan menguatkan serta menegangkan otot faraj. Manjakani mengandungi asik tanik, Kalsium, zat besi, serat, protein, Karbohidrat, Vitamin A dan C untuk mempercepatkan pemulihan tisu dan memulihkan tenaga selepas bersalin. Kesan antioksidan Manjakani membantu mencerahkan kesan gelap pada kulit dan memberi warna semulajadi kulit
Kacip Fatimah (Labisa pumila)
Herba tropika tempatan yang telah mendapat perhatian ramai para pengkaji dan penyelidik antarabangsa berkaitan rawatan dan pemulihan penyakit puan dan kesihatan wanita. Kacip Fatimah meningkatkan tenaga, memberi kekuatan tubuh dan mengekalkan kesihatan menyeluruh wanita di samping mengurangkan senggugut, simptom menopause dan mengekalkan keseimbangan hormon. Ia memperbaiki kitaran haid, meningkatkan keupayaan mental dan memberi kesihatan pada organ wanita.
Akar Serapat
Melancarkan aliran darah ke organ wanita untuk meningkatkan kadar oksigen bagi mengekalkan kesihatan dan fungsi organ. Ia melegakan kekejangan otot rahim dan mengatasi kelesuan ketika haid.
Daun Sireh
Meningkatkan pertahanan badan melalui kesan antibakteria, anti kulat dan antivirus. Melindungi tubuh daripada serangan jangkitan.
Jarum Emas
Mengembalikan kecerdasan selepas bersalin, mengembalikan kesihatan rahim dan sistem reproduktif. Ia juga dapat mengubat keputihan dan menghilangkan sakit urat serta sengal2 badan
Jintan Hitam
Melambatkan proses penuaan kulit dan memulihkan keanjalan kulit. Menggalakkan pembakaran lemak tubuh yang berlebihan.
Halban
Bertindak terhadap kelenjar pituitari – secara spesifiknya terhadap penghasilan hormon luteinizing (LH). INi secara tidak langsung akan meningkatkan penghasilan progesteron dan membantu mengawal kitar haid.
Pati Kurma
Bersifat aphrodisiac (meningkatkan tenaga batin, demulcent (melegakan), diuretic (melawaskan pembuangan air kecil), expectorant (membantu mengeluarkan kahak dan hingus) serta menyejukkan badan
Madu Tulen
Kaya dengan zat galian, vitamin C, D dan E. Sangat baik untuk buah pinggang dan dapat meningkatkan sistem imuniti badan
Ramuan-ramuan lain : Purified water, Citric acid, Potassium sorbate
Cara pengambilan:
Hendaklah diminum 1 sudu besar sekali sehari
Nota :
Tidak sesuai diambil oleh kanak-kanak dibawah umur 15 tahun, ibu mengandung dan ibu yang sedang menyusukan anak.
Golongan Yang Perlu Mengamalkan Mayfirst Manjakacip:
Wanita dan remaja yang sering keletihan, wanita melebihi 40 tahun, wanita mengalami menopause dan wanita berkerjaya
Kombinasi Bersama Produk Mayfirst Lain:
Femaling, Mesmerize dan Pearl Spirulina
Hasan Lajim said,
November 18, 2008 at 10:37 pm
Saya ingin bertanya soalan…sekiranya seseorang wanita itu datang haid…dapatkah mereka meminum atau memakan mana2 produk kesihatan wanita mayfirst..
Tiey said,
November 19, 2008 at 8:49 am
Salam Encik Hasan..
femaling mmg amik masa haid..mesmerize blh di ambil dlm haid..manjakacip tak boleh amik masa haid..Harap membantu.. terima kasih.